Skip to main content

7 Sebab Kenapa Bisnes Affiliate adalah Bisnes Terbaik untuk Buat Duit Tepi Jika Anda Masih Berkerja. No 5 yang saya paling suka guna.

Salam sejahtera, 

Jika anda masih full time berkerja, pasti anda mencari satu income sampingan yang stabil & konsisten untuk di buat sebagai 'duit tepi'.



Banyak cara buat duit yang boleh di buat pada zaman sekarang ni termasuklah offer servis seperti jadi emcee, servis design atau anda boleh berniaga kecil-kecilan sebagai dropship atau agen sesuatu produk.

Bagi saya, jika betul caranya, memang masyuk & boleh buat duit tepi.

Walau bagaimanapun, saya ada sebab tersendiri memilih bisnes affiliate sebagai jalan terbaik untuk anda buat duit tepi jika anda masih berkerja makan gaji. 


Mana tau, kalau dah konsisten buat duit tepi, boleh guna sebagai modal untuk berniaga di kemudian hari. 

Apa pun jom saya listkan 7 sebab kenapa bisnes affiliate ialah bisnes terbaik untuk buat duit tepi especially jika anda masih berkerja;

1) Simple. 

Berbeza sedikit dengan bisnes dropship, bisnes affiliate hanya perlu kita promote link affiliate yang disediakan oleh founder produk. Biasanya bisnes affiliate ialah menjual produk-produk digital. 

So, jika anda dah ada 'trust' dengan audiens anda, semakin mudah orang nak beli dari anda hanya dengan promote link affiliate anda. 

2) Tak Renyah

Tak renyah tu bermaksud tak leceh nak buat bisnes affiliate ni. Anda tak perlu deal dengan founder product pun. Tak payah simpan stok pun. Jika ada orang beli melalui link anda, anda akan terus dapat duit komisen. Ka Ching!

3) Awareness kepada asas marketing



Ini yang paling terkesan kepada saya. Hanya dengan buat bisnes affiliate, anda sebenarnya akan belajar selok belok marketing secara tak langsung. Ye lah, kalau tak macam mana anda nak pasarkan produk affiliate anda tu kan? Percaya lah, bila anda dah start belajar tentang asas marketing, anda akan rasa betapa ohsemnya bisnes affiliate ni. 

4) Fleksibel

Bagi saya yang kerja sampai malam dan almost 24 jam standby, saya sebenarnya tak de masa nak buat bisnes ataupun cari duit tepi ni. 

Dengan bisnes affiliate, saya hanya perlu satu jam sehari untuk pantau & follow up dengan progress bisnes affiliate saya. Hanya dengan itu, saya boleh buat konsisten 3 angka dalam seminggu (minimum). Cukup lah untuk bayar bil Time & Umobile. ;D

Komisen hasil dari affiliate saya sebelum ni 


5) Networking

Ya, hanya dengan buat sambilan bisnes affiliate ni, anda akan mula kenal dengan otai-otai bisnes yang lain. Kenapa? sebab bila anda dah mula join buat affiliate ni, anda akan join cabaran-cabaran affiliate yang ada. 

Dalam cabaran tu, anda akan mula tengok orang-orang power dalam tu macam Raja Kamil, Wazeen, Firdaus Azizi, Cikgu Hafis, Rashvin dan lain-lain. 

Dari situ, anda boleh tanya secara direct kepada diorang pasal affiliate atau marketing (tapi kena tengok sama ada diorang ada masa nak reply ke tak jugak.. heheh)

6) Automation

Salah satu tools automation yang saya gunakan


Ini yang paling ohsem dalam affiliate marketing. Dengan full time berkerja, anda perlu automate-kan bisnes affiliate anda supaya anda cuma perlu sedikit masa je untuk monitor kerja-kerja bisnes anda. Anda akan belajar untuk buat funnel terbaik untuk jadikan bisnes anda automatik dari cari prospek sampai ke close sale. 

Banyak tools yang anda boleh guna untuk buat automation seperti manychat, jomfb, jarvees, dan lain-lain. Nak cakap pasal ni nanti saya akan buat satu post lain yang berkenaan. ;)

7) Persediaan untuk keluar dari makan gaji

Poin ni agak sensitif tetapi jika anda berhasrat untuk keluar dari makan gaji, anda boleh mulakan dengan buat bisnes affiliate. Simple & tak berat disamping berpeluang belajar tentang marketing & funnel. 

Dari bisnes affiliate ini juga anda boleh start saving untuk di jadikan modal untuk buat bisnes 'sebenar' nanti. 


OK. Bercakap tentang affiliate, ada banyak guide yang ajar anda untuk buat bisnes affiliate secara serius. Tapi saya berani rekomen satu panduan affiliate yang sangat evergreen (releven sentiasa) dan ada orang yang dah buat sales 6 angka dengan menggunakan teknik ni. 

Nama panduan ini ialah Affiliate Method oleh Sifu Rahman Basri.



Ape tu Affiliate Method?


  • - Affiliate Method adalah pakej video tutorial yang menerangkan modul-modul Bengkel Affiliate yang telah dianjurkan oleh Tuan Rahman Basri sebelum ini.
  • - Ia mengandungi 4 modul utama yang akan menerangkan secara lanjut untuk anda, teknik-teknik yang telah terbukti berkesan untuk menghasilkan jualan melalui produk-produk affiliate yang anda bakal promosikan.
  • - Dengan kesemua modul padat ini, saya berani jamin ia akan membantu anda dari segi persiapan awal sehingga akhir bagaimana untuk terus konsisten menjana pendapatan melalui bisnes Affiliate di internet.

PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada #AffiliateMethod ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!


Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..nk tanya...kita buat affiliate and dropshipping ni perlu daftar dgn ssm tak..

    Dan kalau buat affiliate melalui facebook perlu jugak daftar dgn ssm ke?

    Mohon tuan jelaskan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana Lelaki Ini Hasilkan Pendapatan Sampingan melebihi Gaji Asal Beliau Sebelum Berhenti Kerja Hanya Dengan Jual Produk Affiliate?

Salam sejahtera, Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah kenalan saya, Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya hasilkan jualan 6 angka dalam tempoh 2 bulan hanya dengan menjual SATU produk affiliate. Kisah ini mungkin boleh menjadi motivasi kepada anda untuk menambah pendapatan melalui bisnes affiliate. Kisah ini agak panjang, saya harap anda sudi baca sehingga habis ya? ;) Begini kisahnya, Sebelum ini saya bekerja sebagai engineer kilang di Johor Bahru dan saya hanya buat bisnes online secara sambilan untuk menambah pendapatan. Seriuss.. saya bosan kerja makan gaji dengan majikan saya. Saya berhenti jadi engineer kilang di Johor Bahru pada tahun 2010 dan nekad buat bisnes online sepenuh masa ini sebab saya dah bosan. Bosan dengan sistem, bosan dengan rutin yang sama tiap hari, tiap bulan, tiap tahun. Sangat membosankan. Awal-awal jadi engineer memanglah seronok. Cabaran baru, aktiviti baru tiap hari...

Apa Itu Bisnes Affiliate?

Apa Itu Bisnes Affiliate atau Affiliate Marketing? Sebenarnya anda boleh tahu apa itu affiliate dengan hanya search kat Google Search sahaja. Ia boleh dikatakan sebagai “agen” atau “promoter” atau lebih dikenali sebagai “orang tengah” untuk produk orang lain. Sebagai agen affiliate ini, kebiasaannya anda akan dapat satu link khas yang diberikan oleh pemilik program atau pemilik produk yang anjurkan program affiliate. Link khas itu adalah kepunyaan anda sahaja yang diberikan selepas anda mendaftar sebagai agen affiliate untuk sesuatu program. Kegunaannya adalah untuk track jualan yang terhasil adalah dari agen mana. Bila prospek klik link affiliate anda, dan prospek buat apa yang pemilik produk itu mahukan seperti di surat jualan produk yang anda promot kan tu, anda akan dapat komisyen. Dengar macam senang je kan? Bisnes Affiliate atau Affiliate Marketing ni terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya: • Pay Per Sale (PPS) -...